Skip to main content

Selepas acara Xbox Games Showcase yang boleh dikatakan satu kejayaan untuk Xbox, ketua Xbox Phil Spencer telah melakukan temubual bersama Polygon dan banyak perkara menarik yang dipercakapkan.

Ketua Xbox Game Studios Matt Booty sebelum ini mengatakan yang mereka merancang untuk hadir dengan satu permainan setiap suku ataupun sekurang-kurangnya 4 permainan setiap tahun.

Di dalam temubual ini, Phil Spencer mengatakan yang itu merupakan sasaran mereka akan tetapi ia tidak mengambil kira kandungan-kandungan tambahan seperti Monkey Island untuk Sea of Thieves dan Dune untuk Flight Simulator. Ia bukanlah satu permainan baharu tetapi masih lagi penawaran untuk pemain-pemain baharu ataupun lama.

Phil Spencer juga mengatakan yang dia sangat yakin dengan penawaran Xbox untuk tahun 2024, dan mengatakan ada beberapa permainan seperti South of Midnight dan Clockwork Revolution yang sudah bersedia untuk diumumkan pada tahun lepas akan tetapi mereka mengambil keputusan untuk mengumumkan lebih dekat dengan tarikh pelancaran.

Beliau juga mengatakan yang ketika E3 tahun lepas, beliau berada di studio inXile untuk mencuba Clockwork Revolution dan kembali lagi pada tahun ini untuk melihat perkembangan terkini mengenai permainan tersebut.

Phil Spencer kemudian mengatakan yang tahun 2022 adalah tahun yang sukar untuk mereka kerana tiadanya pengumuman ataupun pelancaran permainan AAA oleh mereka, akan tetapi menegaskan yang mereka tidak ingin melakukan perkara yang artificial, dan lebih gembira untuk mengumumkan sesuatu apabila mereka bersedia.

Leave a Reply