Selepas acara Xbox Games Showcase yang boleh dikatakan satu kejayaan untuk Xbox, ketua Xbox Phil Spencer telah melakukan temubual bersama Polygon dan banyak perkara menarik yang dipercakapkan.
Menurut Phil Spencer, dengan Xbox merupakan sebahagian daripada Microsoft telah memberikan mereka peluang untuk melakukan perancangan secara jangka masa panjang berbanding melihat kejayaan secara terus.
Beliau juga mengatakan yang buat masa sekarang, pendapatan Xbox adalah 10% sahaja pendapatan keseluruhan untuk Microsoft, oleh itu kejayaan Xbox pada waktu ini tidak akan memberi kesan yang besar kepada syarikat teknologi tersebut.
Bagi kami, apa yang dinyatakan oleh Phil Spencer adalah benar dan disebabkan itu mereka dapat meletakkan harapan kejayaan perniagaan Xbox untuk sesuatu yang tidak dibuktikan lagi seperti Xbox Game Pass dan juga Cloud.
Namun, dengan perbelanjaan besar untuk mendapat Bethesda dan akan datang Activision Blizzard, Microsoft mungkin akan mula mengharapkan sesuatu yang lebih daripada perniagaan Xbox ini.
Perkara ini juga berbeza dengan pencabar mereka iaitu PlayStation, jika mengikut pendapatan untuk tahun fiskal 2022, 31% pendapatan untuk Sony adalah daripada perniagaan berkait dengan permainan video. Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding mana-mana perniagaan Sony yang lain termasuk juga Filem, Muzik dan Elektronik.