Blizzard sebelum ini telah mengumumkan yang Diablo IV merupakan permainan terlaris untuk mereka dan hari ini mereka juga telah berkongsi yang permainan tersebut telah menjana melebihi $666 juta selepas 5 hari dilancarkan.
Selain itu, mereka juga telah berkongsi beberapa trivia menarik mengenai permainan ini;
Mereka juga mengatakan yang Diablo IV telah menjadi permainan Blizzard paling popular untuk penstriman dan juga tontonan dan menjadi permainan paling ramai ditonton bermula pada 1 Jun sehingga 9 Jun.
Diablo IV sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC dan menyokong rentas-platform dan rentas-kemajuan sepenuhnya.