Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan secara rasmi permainan Star Wars mereka iaitu Star Wars Outlaws ketika Xbox Games Showcase. Ketika Ubisoft Forward pula mereka telah berkongsi 10 minit sesi permainan untuknya yang anda boleh tonton di bawah.
Video ini bermula dengan watak yang akan dikawal oleh pemain iaitu Kay Vess sedang berada di dalam kem Pyke Syndicate dan cuba melarikan diri. Kay Vess bukanlah seorang jedi, oleh itu pertempuran bergantung kepada senjata api.
Kay Vess juga mempunyai ‘haiwan peliharaan’ iaitu Nix yang juga berguna di dalam pertempuran, di mana Kay Vess boleh mengarahnya untuk melakukan tindakan tertentu seperti menekan suis dan juga mendapatkan senjata.
Selepas menyelamatkan diri, diperlihatkan yang reputasi Kay Vess dengan Pyke Syndicate menggambarkan yang permainan ini mungkin mempunyai sistem reputasi yang menentukan perhubungan Kay Vess dengan watak-watak lain.
Kay Vess kemudiannya berada di Jaunta’s Hope untuk mendapatkan upah selepas mencuri dari Pyke Syndicate. Namun, di tempat itu juga terdapat seorang Empire yang meminta rasuah. Kay Vess diberi pilihan untuk memberi rasuah ataupun tidak, memilih untuk tidak memberi rasuah, Kay Vess menjadi sasaran Empire.
Semasa melarikan diri daripada Empire, Kay Vess juga perlu bertempur dengan mereka di angkasa dan memperlihatkan secara ringkas sesi permainan ‘dogfight‘ sebelum mereka berjaya melakukan hyperdrive untuk melarikan diri.
Star Wars Outlaws akan tiba pada tahun 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.