Asus Republic of Gamers hari ini telah mengeluarkan satu penulisan di Facebook yang mengacah harga untuk ROG Ally, selain itu mereka juga mengumumkan yang PC mudah alih tersebut akan mula dijual pada 19 Jun 2023.
Berdasarkan kiraan kami, mengikut harga bagi produk yang dinyatakan, ROG Ally model Z1 Extreme akan ditawarkan dengan harga RM3299 di Malaysia.
Buat masa ini tidak disahkan lagi harga untuk model yang lebih murah iaitu Z1 ataupun ia akan di bawa masuk ke Malaysia.
Selain menyertakan cip Z1 Extreme, ROG Ally model ini menyertakan RAM 16GB LPDDR5 dan 512GB SSD storan dengan sokongan mikroSD. Bagi paparan pula menggunakan resolusi HD Penuh, kadar segar semula sehingga 120Hz, kadar reaksi 7ms dan tahap keterangan 500nits.