Compulsion Games ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan permainan baharu mereka iaitu South of Midnight. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan dengan latar tempat bahagian selatan Amerika Syarikat.
Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.
Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal watak utama iaitu Hazel yang menjadi penjaga untuk pekan Prospera. Hazel mempunyai kebolehan untuk menebuk dan menjahit realiti. Bagi penjahat pula, hanya satu yang diperlihatkan iaitu Altamaha-ha yang bersaiz besar.
Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuknya, tetapi diumumkan akan Xbox Series dan PC. Ia juga akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada hari pelancaran.