Valve telah mengumumkan yang Steam Next Fest seterusnya akan berlangsung bermula pada 19 Jun sehingga 26 Jun 2023. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.
Seperti penganjuran sebelum-sebelum ini, melalui acara ini Steam akan menyediakan ratusan demo permainan secara percuma termasuk juga permainan-permainan yang masih belum dilancarkan lagi.
Selain itu, dari semasa ke semasa, pembangun permainan juga akan melakukan penstriman langsung untuk berkongsi lanjut mengenai permainan mereka.