Square Enix telah mengumumkan yang demo untuk Final Fantasy XVI boleh dimuat-turun bermula pada 4 petang hari ini. Demo ini akan menyediakan 2 jam bahagian awal permainan ini dengan fail simpanan boleh digunakan apabila permainan penuh dilancarkan kelak.
Mereka juga mengatakan yang demo ini akan menyertakan banyak bahagian adegan kerana ia adalah bahagian awal permainan. Namun, apabila pemain menghabiskan demo untuk bahagian awal ini, demo pertempuran akan disertakan untuk pemain mencuba dengan lebih lanjut sistem pertempuran.
Final Fantasy XVI akan dilancarkan pada 22 Jun 2023 untuk PlayStation 5, sesi pra-tempahan sudah dibuka yang memberi peluang kepada pemain untuk bertemu dengan Naoki Yoshida iaitu penerbit permainan ini.