Bethesda Softwork ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler tatamain baharu untuk Starfield yang memperlihatkan pelbagai cara bermain yang berbeza boleh dilakukan oleh pemain di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain itu, melalui acara Starfield Direct mereka juga berkongsi dengan lebih lanjut mengenai permainan ini. Antara yang dikongsikan, walaupun terdapat lebih 1000 planet yang boleh dilawati di dalam permainan ini, tidak kesemua mempunyai penghuni, akan tetapi setiap planet akan mempunyai sumber yang berbeza.

Mereka juga memperlihatkan bagaimana pemain boleh membina kapal sendiri dengan pelbagai gaya mengikut kehendak dan juga penggunaan kapal. Starfield juga akan menyertakan pertempuran di angkasa, selain mengawal kapal, pemain juga perlu mengawal penggunaan tenaga sama ada ingin lebih laju ataupun menguatkan lagi perisai.

Anda boleh tonton perkongsian tersebut di bawah.

Mereka juga telah mengesahkan yang buat masa ini Starfield masih lagi akan dikeluarkan pada 6 September 2023. Pra-tempahan untuknya juga sudah dibuka dengan permainan ini ditawarkan dengan harga RM239 di Steam dan juga akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pelancaran.

Starfield akan dikeluarkan untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini