Atlus ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan dua permainan baharu untuk Persona iaitu Persona 3 Reload dan juga Persona 5 Tactican.

Persona 3 Reload adalah permainan olahan semula untuk Persona 3 yang dikeluarkan pada tahun 2006. Melalui treler yang dikongsi, ia menerima grafik dan juga antaramuka yang serba baharu. Persona 3 Reload akan tiba pada awal tahun 2024 untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC.

Selain daripada itu, Atlus juga telah mengumumkan yang Persona 5 Tactica iaitu permainan sampingan untuk Persona 5 dengan genre strategi. Melalui treler yang diperlihatkan, ia seakan permainan XCOM dan juga Mario + Rabbids. Persona 5 Tactica akan dikeluarkan pada 17 November 2023 untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini