Avowed, Permainan ‘Elder Scrolls’ Oleh Obsidian Tiba Tahun 2024

Obsidian Entertainment ketika Xbox Games Showcase telah berkongsi treler tatamain untuk Avowed iaitu permainan pengembaraan fantasi yang diumumkan pertama kali pada tahun 2020. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Semasa pertama kali diumumkan, Avowed sering dikaitkan dengan The Elder Scrolls kerana mempunyai tatamain yang hampir sama. Melalui treler baharu ini, jelas yang diperlihatkan Avowed akan memberikan pengalaman seperti The Elder Scrolls.

Mereka juga telah mengumumkan yang Avowed akan dikeluarkan pada tahun 2024 untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini