Cyberpunk 2077: Phantom Liberty Tiba September Ini

CD Projekt Red ketika Xbox Games Showcase telah mengumumkan yang penambahan untuk Cyberpunk 2077 iaitu Phantom Liberty akan dikeluarkan secara rasmi pada 26 September 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Phantom Liberty akan berlaku sebelum penamat di dalam permainan asal, tetapi berdasarkan treler yang dikongsi mungkin akan ada penambahan kepada penamat untuknya. Treler juga memperlihatkan lebih lanjut watak Solomon Reed lakonan Idris Elba.

Di dalam penambahan ini, V akan kembali dan telah ditugaskan untuk menyelamatkan Presiden New USA (NUSA). Ia juga akan menyertakan kawasan baharu iaitu Dogtown.

Cyberpunk 2077: Phantom Liberty ditawarkan dengan harga RM129 di PS Store dan RM109 di Steam. Jika tidak memiliki lagi permainan asal, berkas ditawarkan dengan harga RM224.25 di PS Store dan RM201 di Steam.

Sohor Kini