Skip to main content

Polis Evo 3 diumumkan telah mengutip RM45 juta selepas lebih kurang dua minggu ditayangkan. Ini sekaligus menjadikan Polis Evo 3 adalah filem tempatan dengan kutipan ketiga tertinggi sepanjang zaman.

Filem lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini berada di belakang Mat Kilau yang mengutip RM90 juta dan Munafik 2 yang mengutip RM48 juta. Dengan Polis Evo 3 masih ditayangkan, ada kemungkinan ia akan mencecah RM50 juta, menjadikannya filem kedua dengan kutipan tertinggi.

Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan juga Skop Productions. Selain Shaheizy Sam dan Zizan, filem ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, dan Farali Khan.

Berdasarkan ulasan kami, filem ini lebih serius, matang, dan lebih fokus kepada perkembangan watak. Kualiti produksi dan aksi gempak juga pasti akan membuatkan anda ingin duduk diam di panggung โ€“ anda boleh baca ulasan penuh di pautan berikut; Ulasan Polis Evo 3.

Leave a Reply