Warner Bros telah mengumumkan yang Warner Animation Group kini dikenali sebagai Warner Bros. Pictures Animation dengan penjenamaan semula untuk memfokuskan filem animasi. Penjenamaan ini diumumkan oleh Bill Damaschke, Presiden Kandungan Animasi Warner Bros. di Festival Filem Antrabangsa Annecy.

Bill Damaschke yang sebelum ini bersama dengan DreamWorks Animation mengatakan yang mereka akan fokus untuk hadir dengan IP baharu. Namun, IP tersedia akan terus dikembangkan antaranya adalah The Cat in the Hat yang diselia oleh Erica Rivinoja dan Alessandro Carloni yang dijangka tiba pada tahun 2025 atau 2026.

Beliau juga mengatakan yang filem mengenai kisah awal Flintstones iaitu Meet The Flintstones di peringkat awal pembangunan. Filem ini ditulis oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic yang mengarah The Super Mario Bros. Movie.

Warner Bros. Animation yang memfokuskan kepada kandungan siri animasi sebelum ini telah mengumumkan Bedrock iaitu siri animasi yang berlaku 20 tahun selepas The Flintstones.

Sumber: Deadline

Sohor Kini