Skip to main content

Neowiz di Summer Game Fest telah berkongsi treler baharu untuk permainan Lies of P yang mengumumkan tarikh pelancaran iaitu pada 19 September 2023 untuk PlayStation, Xbox dan PC melalui Steam. Mereka sebelum ini mengumumkan yang ia akan tiba pada bulan Ogos.

Walaupun ditunda sebelum, Neowiz juga telah menyediakan demo percuma yang boleh dimuat turun di semua platform. Demo ini menyediakan dua bab awal bagi permainan ini termasuk juga pertempuran melawan bos dan berjumpa dengan watak-watak penting.

Lies of P adalah penceritaan baharu untuk watak popular Pinocchio, sebagai Pinocchio pemain boleh memilih untuk menipu, dengan melakukan penipuan Pinocchio akan menjadi lebih manusia yang akan mempunyai kelebihan dan juga kekurangan tersendiri.

Leave a Reply