HoYoverse ketika Summer Game Fest telah berkongsi treler baharu untuk permainan Honkai: Star Rail, selain memperlihatkan Silver Wolf iaitu watak 5-bintang baharu bagi versi 1.1, mereka juga telah mengumumkan yang Honkai: Star Rail untuk PlayStation 5 akan tiba pada suku keempat tahun ini.
Treler ini juga memperlihatkan watak 4-bintang akan datang iaitu Luka yang merupakan watak dengan Path – The Nihility dan elemen Fizikal. Buat masa ini tidak disahkan lagi bila Luka akan disertakan di dalam banner.
Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.