Jika sebelum ini Behaviour Interactive mengacah yang permainan Dead by Daylight akan menerima watak Nicolas Cage. Di Summer Game Fest pula, Nicolas Cage sendiri yang memperkenalkan watak tersebut. Penampilan pelakon terkenal itu sudah semestinya antara kejutan utama di acara ini.

Anda boleh segmen penuh beliau di bawah.

Menurut Nicolas Cage, beliau memainkan personalitinya sendiri di dalam permainan ini iaitu Nic Cage yang merupakan versi lebih ‘melampau’ untuk dirinya. Nicolas Cage juga menyediakan kesemua lakonan suara untuk watak tersebut.

Nic Cage akan tiba di Dead by Daylight pada 25 Julai dengan pemain di PC dapat mencuba secara beta bermula pada 5 Julai.

Sohor Kini