Warner Bros. Games dan NetherRealm Studios ketika Summer Game Festival telah berkongsi treler baharu untuk Mortal Kombat 1 yang merupakan permulaan semula bagi permainan perlawanan ini. Treler baharu kali ini memperlihatkan lebih lanjut tatamain untuknya.
Selain memperlihatkan perlawanan, treler ini juga memperlihatkan bagaimana sistem baharu iaitu Kameo Fighters berfungsi. Kameo Fighters membolehkan pemain untuk memilih watak kedua yang boleh membantu semasa perlawanan dengan menekan satu butang sahaja.
Mereka telah mengumumkan yang Kameo Fighters boleh hadir daripada watak yang boleh digunakan di dalam permainan, termasuk juga watak yang sama. Selain itu terdapat juga watak khas untuk Kameo sahaja.
Mungkin perkara yang lebih dinanti-nantikan oleh peminat, treler ini juga memperlihatkan pelbagai Finisher dan juga Fatality yang boleh dilakukan oleh pemain.
Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.