Ubisoft ketika Summer Game Festival telah mengumumkan permainan baharu berdasarkan Prince of Persia iaitu Prince of Persia: The Lost Crown yang akan tiba pada 18 Januari 2024 untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC melalui Ubisoft Store atau Epic Games Store.
The Lost Crown merupakan permainan aksi side-scrolling dan pemain akan menjadi Sargon yang selain menggunakan dua pedangnya, dia juga mempunyai pelbagai kebolehan lain seperti mengawal masa. Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai tekaria.
Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi pada 12 Jun 2023 ketika acara Ubisoft Forward.