Square Enix ketika Summer Game Festival telah berkongsi treler baharu untuk Final Fantasy VII Rebirth, treler ini juga telah mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada awal tahun depan.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Seperkara lagi yang diumumkan oleh mereka adalah Final Fantasy VII Rebirth akan mempunyai 2 cakera, berkemungkinan besar merujuk kepada versi fizikal untuk permainan ini. Dengan permainan ini hanya dikeluarkan untuk PlayStation 5 sahaja, ia mungkin menjadi permainan pertama yang memerlukan dua cakera di konsol ini.

Bercakap mengenai treler pula, pelbagai lawan baharu diperlihatkan. Selain Cloud, Tifa, Aerith, Barret dan Red XII, ia juga memperlihatkan Yuffie, dan juga Elena. Treler juga memperlihatkan pelbagai kawasan yang lebih terbuka untuk diteroka oleh pemain.

Sohor Kini