The Expendables 4 ataupun Expenda4bles telah menerima treler baharu hari ini, yang selain memperlihatkan watak-watak lama lakonan Sylvester Stallone, Jason Statham, dan Dolph Lundgren, ia juga menyertakan beberapa watak baharu lakonan 50 Cent, Megan Fox, Iko Uwais dan Tony Jaa.

50 Cent ataupun nama sebenarnya Curtis Jackson membawa watak Easy iaitu ahli baharu Expendables. Megan Fox pula adalah Gina iaitu anggota CIA yang juga bekas kekasih Christmas watak lakonan Jason Statham. Iko Uwai dan Tony Jaa tampaknya membawa watak jahat di dalam filem ini.

Pasukan Expendables kali ini kembali bersama untuk menentang penjual senjata api yang mempunyai tentera sendiri dan pada masa yang sama konflik nuklear tercetus di antara Russia dan juga Amerika Syarikat.

Filem ini diarahkan oleh Scott Waugh dan akan tiba di pawagam pada 22 September 2023.

Sohor Kini