Di dalam filem animasi Spider-Man: Across the Spider-Verse yang berkonsepkan multimesta, terdapat beberapa adegan yang memperlihatkan dunia-dunia yang berbeza, antaranya adalah dunia Lego, walaupun bahagian tersebut ringkas sahaja tetapi tetap menarik dan mencuit hati untuk ditonton.

Tambah menarik, adegan tersebut dihasilkan oleh Preston Mutanga iaitu pereka berumur 14 tahun yang berasal dari Toronto, Kanada. Sony Pictures Animation mula menyedari mengenai bakat Preston Mutanga apabila dia menghasilkan semula treler Spider-Man: Across the Spider-Verse menggunakan LEGO.

Christina Steinberg iaitu salah seorang penerbit untuk filem ini yang menghubungi Preston Mutanga untuk bertanya jika dia ingin menghasilkan adegan dunia Lego bagi filem tersebut. Christina Steinberg mengatakan yang video yang dihasilkan oleh Preston Mutanga dikagumi oleh mereka termasuk juga juruanimasi terbaik di dunia.

Spider-Man: Across the Spider-Verse sudah mula ditayangkan dan menerima penerimaan yang sangat baik termasuk juga dari kami sendiri yang memberikan skor 9/10. Filem ini juga berjaya dari segi kutipan, dengan telah mendapat lebih RM1 bilion selepas seminggu pertama.

Sumber: The New York Times

Sohor Kini