Iron Hill Media iaitu studio hiburan dari Malaysia telah mengumumkan mereka akan membawa siri animasi Happy Survivors Club ke Festival Filem Animasi Annecy untuk menyertai ‘MIFA SEA Focus Pitching Stage’ pada 14 Jun 2023.
Happy Survivors Clubs merupakan projek siri animasi oleh mereka yang bermula pada tahun 2020 lagi selepas mendapat Geran Pembangunan oleh MDEC dan masih lagi di peringkat pembangunan. Anda boleh lihat video acah untuknya di bawah.
Menurut Iron Hill Media, mereka menyasarkan siri ini akan mempunyai 8 episod dengan 24 minit setiap episod. Gaya animasi yang digunakan adalah CG dan juga 2D dengan sasaran umur penonton adalah 16 tahun dan keatas.
Sinopsis untuk Happy Survivors Club adalah selepas ancaman zombi melanda di Malaysia, negara menjadi kucar kacir. Namun, untuk beberapa penghuni Apartment Bahagia yang terselamat, mereka telah menjadikan misi untuk membalas dendam dan juga menyelamatkan diri.
Anda boleh mengikuti lanjut mengenai perkembangan projek ini di laman rasmi mereka; https://www.ironhillmedia.tv/happy-survivors-club.