Akaun Twitter rasmi Eiichiro Oda iaitu mangka untuk One Piece telah mengumumkan yang Eiichiro Oda telah menjalani pembedahan mata yang untuk astigmatisme.

Oleh kerana itu, manga One Piece akan berehat bermula pada 19 Jun sehingga 10 Julai, iaitu Weekly Shonen Jump isu ke 29 sehingga isu ke 32. One Piece masih akan dikeluarkan untuk isu akan datang iaitu isu ke-28 yang akan tiba pada 12 Jun 2023.

Eiichiro Oda sebelum ini juga telah berehat pada bulan yang sama tahun lepas, tetapi lebih lama iaitu selama sebulan. Beliau juga telah mengumumkan yang One Piece telah memasuki ark yang terakhir yang mungkin akan mengambil beberapa tahun lagi untuk tamat.

Beliau juga terlibat secara terus dengan siri aksi nyata untuk Netflix dengan mengatakan sebelum ini hanya akan disiarkan jika beliau berpuas hati.

Sohor Kini