Bandai Namco telah mengumumkan yang melalui kemaskini untuk Taiko no Tatsujin yang tiba pada 7 Jun nanti, mereka akan menyertakan tiga lagu baharu termasuk juga ‘Bukan Cinta Biasa’ oleh Siti Nurhaliza, menjadikan ini adalah pertama kali permainan irama ini menyertakan lagu dari Malaysia.

Bersama dengan Bukan Cinta Biasa, kemaskini ini juga menyertakan Subtitle oleh Dism dan Zenryoku King dari Ousama Sentai King Oger. Ini adalah untuk permainan Taiko no Tatsujin yang dikeluarkan pada tahun 2020 yang juga dikenali sebagai versi Nijiiro.

Versi ini adalah terhad kepada arked sahaja, oleh itu jika anda ingin mencuba sendiri, anda perlu mencari penyedia arked yang menyertakan Taiko no Tatsujin.

Sumber: Twitter

Sohor Kini