Capcom hari ini telah melancarkan Street Fighter 6 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Bersama dengan pelancaran ini, mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang dibintangi oleh penyanyi Rap popular Lil Wayne.

Selain daripada mod perlawanan biasa “Fighting Ground”, Street Fighter 6 juga menyertakan “World Tour” iaitu mod penceritaan yang khusus untuk sesi permainan secara solo. Selain itu, terdapat juga “Battle Hub” untuk berhubung dengan pemain-pemain lain secara dalam talian.

Street Fighter 6 juga memperkenalkan “Moden Control Type” yang membolehkan pemain menekan butang Auto-Attack untuk melakukan serangan dan kombo secara automatik. Fungsi ini adalah khusus untuk pemain baharu dan pemain yang sudah lama tidak bermain Street Fighter.

Semasa pelancaran, Street Fighter 6 menyertakan 18 watak seperti Ryu, Chun-Li, Guile, Ken, Dhalsim bersama dengan watak baharu Lily, dan Marisa. Mereka juga telah mengumumkan watak-watak baharu yang akan pasca-pelamcaran iaitu A.K.I, Rashid, ED, dan Gouki.

Sohor Kini