Garena telah mengumumkan yang pra-pendaftaran untuk Black Clover M: Rise of the Wizard King kini dibuka melalui App Store dan juga Play Store. Permainan ini dijangka dikeluarkan secara rasmi pada akhir bulan depan.

Mereka juga telah mengumumkan pelbagai ganjaran akan diberikan mengikut jumlah pra-pendaftaran yang diterima. Ganjaran ini adalah barangan di dalam permainan termasuk juga watak Mimosa dan kostumnya jika mendapat 2.5 juta serta 5 juta pra-pendaftaran.

Selain membawa watak-watak daripada siri anime dan manga Black Clover, permainan ini juga akan menghasilkan semula adegan-adegan asli dengan pelakon suara dari anime akan turut terlibat iaitu Gakuto Kajiwara, Nobunaga Shimazaki, Kana Yuuki dan Junichi Suwabe.

Permainan ini akan dikeluarkan sebagai permainan percuma untuk iOS dan Android.

Sohor Kini