Gasing adalah permainan traditional orang-orang Melayu dan masih lagi popular pada waktu ini. Emes Zack iaitu artis 3D dan juga pembangun permainan video telah melancarkan demo untuk Gasing Impact (bukan Genshin).
Gasing Impact adalah permainan aksi yang memerlukan pemain untuk melakukan serangan menggunakan gasing. Tatamain adalah ringkas, pemain perlu menentukan arah untuk gasing dilancarkan, dan menekan spacebar untuk melakukannya.
Demo yang disediakan mempunyai satu peringkat sahaja, di mana bahagian pertama perlu membuang semua halangan untuk membuka pintu yang terdapat Pundawara Sakti di dalamnya.
Pundawara Sakti boleh dikatakan sebagai ketua penjahat di dalam permainan ini, dengan membunuhnya permainan ini akan tamat. Menurut Emes Zack, permainan ini masih di peringkat prototaip, oleh itu mungkin ada beberapa masalah dan juga tatamain yang ringkas.
Buat masa ini, tidak banyak yang boleh diperkatakan lagi, akan tetapi Gasing Impact mempunyai konsep yang menarik, kami juga menyukai gaya grafik yang digunakan. Berharap di masa hadapan akan disertakan lebih banyak peringkat dan power-up untuk menjadikan ia lebih menarik.
Anda boleh muat turun permainan ini melalui itch.io secara percuma.