TGV hari ini telah membuka pembelian untuk tiket filem The Flash melalui laman sesawang dan juga aplikasi mereka. Menariknya, walaupun filem ini sepatutnya ditayangkan secara rasmi pada 15 Jun, mereka juga menyediakan tayangan pada 14 Jun.
Tayangan lebih awal ini terhad kepada 11 lokasi seperti TGV Dpulze, TGV Sunway Putra, TGV Seremban 2 dan TGV Mesra Mall. Lebih banyak lokasi akan memulakan tayangan pada keesokan harinya ataupun 15 Jun.
Filem The Flash ini telah menarik perhatian ramai kerana filem ini dikatakan filem terakhir bagi siri lama filem DC dan permulaan kepada DC Universe baharu di bawah seliaan James Gunn dan Peter Safran.
Pengarah filem The Flash sebelum ini juga telah mengatakan yang jika The Flash menerima filem baharu, beliau ingin Ezra Miller terus kekal membawa watak tersebut.