Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Mei untuk pelanggan di Malaysia.

Penawaran bulan ini menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 6 Jun 2023 sehingga 3 Julai 2023;

  • NBA 2K23
  • Jurassic World Evolution 2
  • Trek to Yomi

Jika anda masih tidak menebus permainan yang ditawarkan pada bulan Mei, anda masih boleh melakukannya sehingga 5 Jun 2023.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan pelan tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini