Kita boleh katakan bulan Mei berakhir dengan agak meriah, terdapat pelbagai filem menarik dan juga kurang menarik dikeluarkan pada bulan lepas. Seperti biasa, anda boleh layari ruangan ulasan filem kami untuk membaca ulasan bagi filem-filem tersebut.
Di dalam artikel ini, kami ingin kongsikan pula 10 filem menarik yang akan dikeluarkan di pawagam pada bulan ini (susunan adalah mengikut tarikh tayangan);
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023 | Pengedar: Sony Pictures | Duration: 2 Jam 21 Minit
Sebagai satu filem susulan untuk Spider-Man: Into the Spider-Verse, Spider-Man: Across the Spider-Verse meneruskan penceritaan mengenai Miles Morales yang terlibat di dalam misteri mengenai multimesta bersama dengan Gwen Stacy.
Filem ini adalah filem kedua daripada tiga yang diumumkan untuk siri filem ini dengan Beyond the Spider-Verse, filem ketiga, akan tiba pada Mac tahun depan. Filem ini diarahkan oleh Joaquim Dos Santos dan Kemp Power. Senarai pelakon suara adalah Shameik Moore, Hailee Steinfeld, Jake Johnson, dan Oscar Issac.
Bacaan Lanjut: Ulasan Spider-Man: Across the Spider-Verse
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2023 | Pengedar: Walt Disney | Duration: 1 Jam 40 Minit
Filem seram ini memfokuskan kepada adik beradi Sadie Harper dan adik perempuannya Sawyer Harper yang masih bersedih kerana kehilangan ibu mereka yang meninggal dunia. Pada masa sama, bapa mereka Will Harper juga depresi dan tidak menjaga mereka. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ada seorang datang ke rumah mereka membawa roh jahat yang ‘memakan’ penderitaan mereka.
Filem ini merupakan adaptasi kepada cerita pendek oleh Stephen King, diarahkan oleh Rob Savage dengan senarai pelakon seperti Sophie Thatcher, Chris Messina, Viven Lyra Blair dan Marin Ireland.
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2023 | Pengedar: United International Pictures | Duration: 2 Jam 07 Minit
Transformers: Rise of the Beasts sekali lagi memperkenalkan watak baharu untuk siri filem Transformers dan kali ini adalah Noah dan juga Elena yang membantu Optimus Prime dan Autobots untuk menyelamatkan bumi daripada ancaman Unicron. Filem ini berlatar masakan tahun 1994 yang menjadi filem susulan kepada Bumblebee (2018) dan prekuel kepada filem pertama Transformers (2007).
Filem ini diarahkan oleh Steven Caple Jr. dengan senarai pelakon Anthony Ramos, Dominique Fishback, Peter Cullen, Pete Davidson, Ron Perlman, Michelle Yeoh, dan Peter Dinklage.
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2023 | Pengedar: GSC Movies | Duration: 1 Jam 33 Minit
Hypnotic adalah filem thriller fiksyen sains yang memfokuskan kepada detektif Danny Rourke lakonan Ben Affleck yang menyiasat mengenai penculikan anak perempuannya dan juga mengenai satu program rahsia kerajaan.
Filem ini diarahkan oleh Robert Rodriguez dengan senarai pelakon seperti Ben Afflect, Alice Braga, J. D. Pardo, William Fichtner dan Dayo Okeniyi.
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2023 | Pengedar: Warner Bros | Duration: 2 Jam 24 Minit
Di dalam cubaan untuk menyelamatkan ibunya yang dibunuh, Barry Allen atau The Flash telah kembali ke masa silam. Namun, tindakannya tersebut membuatkan dia berada di realiti berlainan di mana tidak wujudnya orang yang berkuasa. Dia terpaksa mendapatkan bantuan daripada diri sendiri, Batman dan juga Supergirl selepas hadirnya ancaman General Zod.
Filem ini dikatakan bukan sahaja menjadi penamat untuk siri filem DC yang lama tetapi juga permulaan kepada DC Universe yang baharu. Filem ini diarahkan oleh Andy muschietti dan senarai pelakon seperti Ezra Miller, Sasha Calle, Michael Shannon, Michael Keaton dan Ben Affleck.
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2023 | Pengedar: TGV Pictures | Duration: 1 Jam 46 Minit
Filem biografi ini memfokuskan kepada kehidupan tokoh Buya Hamka. Filem ini memperlihatkan kisah Hamka menjadi pengurus Muhammadiyah, menjadi editor untuk Pedoman Masyarakat, dan juga mengenai kisahnya dengan penjajah Jepun. Filem ini adalah bahagian pertama daripada tiga bahagian yang diumumkan.
Filem ini diarahkan oleh Fajar Bustomi dengan senarai pelakon seperti Vino Bastian, Laudya Cynthia Bella, Donny Damara, Desy Ratnasari dan Mathias Muchus.
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2023 | Pengedar: Sony Pictures | Duration: 1 Jam 39 Minit
Maddies merupakan seorang pemandu seru pandu akan tetapi selepas kehilangan keretanya, dia mempunyai masalah untuk meneruskan pekerjaannya. Kemudian dia melihat satu iklan oleh satu ibu bapa yang menawarkan kereta percuma untuk ‘perkhidmatan’ menjadi kekasih kepada anak mereka.
Filem ini diarahkan oleh Gene Stupnitsky dengan senarai pelakon seperti Jennifer Lawrence, Andrew Barth Feldman, Matthew Broderick, dan Laura Benanti.
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2023 | Pengedar: Walt Disney | Duration: 1 Jam 42 Minit
Di dalam dunia yang setiap makhluk mempunyai elemen tersendiri, Ember dan Wade yang walaupun daripada dua elemen berbeza mula menyedari yang mereka juga mempunyai persamaan dan filem terbaru dari Pixar ini memfokuskan kepada perhubungan mereka.
Filem ini diarahkan oleh Peter Sohn dengan pelakon suara seperti Leah Lewis, Mamoudou Athie, Ronnie del Carmen, Catherine O’Hara dan Joe Pera.
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2023 | Pengedar: United International Pictures | Duration: 1 Jam 45 Minit
Asteroid City adalah filem terbaru oleh Wes Anderson yang memfokuskan beberapa orang pelajar dan juga ibu bapa menghadiri satu konvensyen tetapi kemudian bertukar menjadi sesuatu berlainan selepas kejadian yang mengubah dunia.
Filem Wes Anderson ini melibatkan ramai pelakon terkenal seperti Scarlett Johansson, Tom Hanks, Bryan Cranston, Maya Hawke, Steve Carell dan Tilda Swinton.
Tarikh Tayangan: 29 Jun 2023 | Pengedar: United International Pictures | Duration: 2 Jam 22 Minit
Filem kelima dan terakhir bagi siri filem Indiana Jones akan memperlihatkan Harrison Ford kembali sebagai Indiana Jones. Pengembaraan Indiana Jones kali ini adalah mengenai misteri di-sebalik Antikythera.
Filem ini diarahkan oleh James Mangold dengan senarai pelakon seperti Harrison Ford, Phoebe Waller-Bridge, Mads Mikkelsen, Antonio Banderas dan John Rhys-Davies.