Netflix hari ini telah berkongsi treler pertama untuk musim baharu Black Mirror, iaitu musim ke-6. Bersama dengan treler ini, mereka juga telah mengumumkan yang siri ini akan mula disiarkan pada 15 Jun 2023.
Musim baharu ini akan menyertakan 5 penceritaan baharu dan salah satunya mungkin berkait dengan Netflix sendiri. Di dalam treler diperlihatkan perkhidmatan penstriman dengan rekaan seperti Netflix dan digelar sebagai Streamberry.
Antara senarai pelakon untuk musim ini adalah Zazie Beetz, Paapa Essiedu, Josh Hartnett, Aaron Paul, Kate Mara, Danny Ramirez, Clara Rugaard, Auden Thornton dan Anjana Vasan.