EA dan Maxis telah mengumumkan yang The Sims 4 akan menerima dua Kits baharu iaitu Grunge Revival dan The Sims 4 Book Nook Kits. Kedua-dua Kits ini akan dikeluarkan pada 1 Jun untuk setiap platform The Sims 4 ditawarkan.

Melalui Grunge Revival, pemain boleh mendapatkan pakaian yang meraikan gaya yang tidak kemas dan bebas, seperti yang dipopularkan oleh pemuzik-pemuzik awal tahun 90-an. Ini termasuklah tshirt, hoodie yang besar dan juga seluar jean.

Berbeza pula dengan Book Nook, Kits ini membawa pelbagai perabot yang khusus untuk menghias bilik bacaan seperti tempat duduk di tingkap, rak buku, dan sofa. Ingin memberi bilik bacaan untuk sim anda, Kits ini sudah semestinya perlu dimiliki.

Kits merupakan penambahan mini yang kebiasaannya ditawarkan dengan harga RM19 untuk setiap satu.

Sohor Kini