Skip to main content

Prime Matter dan Nightdive Studios telah melancarkan System Shock Remake untuk PC yang boleh didapati melalui Steam, Epic Games dan GOG. Ia merupakan permainan olahan semula untuk System Shock yang dikeluarkan pada tahun 1994.

Versi remake ini akan menyertakan visual yang lebih berkualiti, kawalan yang lebih baik, antaramuka yang ditambah-baik dan juga audio serta muzik baharu. Versi ini juga akan menyertakan kandungan tambahan yang tidak disertakan di dalam permainan asal.

Walaupun dengan pelbagai penambahan ini, System Shock juga mengekalkan kebanyakan bahagian daripada permainan asal, ini termasuklah SHODAN sendiri di mana Terri Brosius kembali membawa watak tersebut.

System Shock Remake ini turut diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dengan maklumat lanjut akan dikongsi kemudian.

Leave a Reply