Xbox Game Pass telah mengumumkan senarai permainan-permainan yang akan menyertai dan juga permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan tersebut.
Antara permainan yang akan disertakan adalah Chicory: A Colorful Tale iaitu permainan pengembaraan dan juga Farworld Pioneers permainan sandbox dunia-terbuka, kedua-dua permainan ini sudah ditawarkan hari ini.
Selain itu, turut diumumkan adalah Car Mechanic Simulator 2021, permainan seram Amnesia: The Bunker, Rune Factory 4 Special dan juga Dorgogne yang dilancarkan terus ke Game Pass.
Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan menyertai Game Pass;
Pada 15 Jun kelak, terdapat juga beberapa permainan yang akan meninggalkan Game Pass, permainan-permainan tersebut adalah;
Jika anda sedang bermain permainan-permain tersebut ataupun bercadang untuk mendapatkannya, kesemua permainan ini ditawarkan dengan potongan harga 20% untuk pelanggan Game Pass.
Buat masa sekarang, hanya PC Game Pass yang ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan.