TGV kini memaklumkan akan membawa masuk salah satu filem popular dari Indonesia ke pasaran Malaysia, iaitu filem Buya Hamka. Filem tokoh tersebut telah ditayangkan di Indonesia pada 20 April 2023 lepas, dan kini ia akan ditayangkan di Malaysia pada 15 Jun 2023.

Baca: Ulasan Buya Hamka (Bahagian 1)

Hamka atau Haji Abdul Malik Karim Amrullah merupakan salah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Filem biografi ini terbahagi kepada tiga bahagian, dan tayangan pada 15 Jun 2023 ini adalah filem bahagian pertamanya.

Bahagian pertama ini akan melihat kepada latar masa ketika Hamka menjadi pengurus Muhammadiyah di Makassar, sekaligus membawa kemajuan yang besar kepada organisasi berkenaan. Pada masa yang sama, Hamka juga mula menulis, dan seterusnya berpindah ke Medan dalam menjadi ketua editor majalah Pedoman Masyarakat. Jawatan ini membuatkan Hamka berbeza pendapat dengan pihak Jepun, sekaligus majalah tersebut dihalang cetakkan serta dilabel bahaya. Kehidupan Hamka juga menghadapi cabaran, apatah lagi dengan salah seorang anak Hamka yang meninggal dunia disebabkan kesakitan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada kesemua pawagam TGV akan memainkan filem biografi ini, atau hanya segelintir sahaja. Apa pun, bagi para peminat filem berbentuk sejarah atau biografi, boleh nantikan

Sohor Kini