Caged Elements dan PLAION telah mengumumkan permainan Warhammer 40,000: Speed Freeks iaitu permainan lumba kereta dengan elemen ganas dan menembak.
Permainan ini adalah permainan percuma untuk dimainkan dan buat masa ini dikeluarkan untuk PC sahaja.
Warhammer 40,000: Speed Freeks sudah dikeluarkan secara Alpha Playtest dan anda boleh mendaftar minat untuk mendapat akses melalui Steam.
Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih pelbagai kelas kenderaan yang berbeza seperti damage, tank dan juga support. Setiap-nya mempunyai kelebihan tersendiri.