EA telah mengumumkan yang musim baharu untuk Battlefield 2042 iaitu Musim Ke-5 akan bermula pada 8 Jun 2023 dengan judul New Dawn. Musim ini antaranya menyertakan peta, senjata dan juga gajet baharu.

Peta baharu yang disertakan adalah Reclaimed iaitu peta bertempat di Czechia dan mengambil inspirasi daripada peta Battlefield 4. Peta ini menyertakan kawasan kereta api termasuk juga kawasan di mana kereta api terbabas.

Antara senjata baharu yang disertakan adalah XCE Bar, GWE-46, BFP .50 dam Phalanx CIWS bersama dengan gajet seperti Spring Grenade, Anti-tank Grenade dan Mini Grenade untuk memberikan lebih pilihan kepada pemain.

Selain kandungan baharu ini, Battlefield 2042 juga dikemaskini dengan pelbagai penambah-baikkan seperti sistem pengurusan skuad, Vault Weapons yang ditambah baik dan juga pengenalan stesen Thermal Tech serta Heavy Anti-Air.

Battlefield 2042 sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga boleh didapatkan melalui langganan EA Play, Xbox Game Pass dan juga PlayStation Plus.

Sohor Kini