Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2023 akan berlangsung pada 10 Jun 2023 untuk peringkat kumpulan, dan akan berlangsung di AEON Mall Mean Chey, Phnom Penh, Kemboja.
Seperti diumumkan sebelum ini, kejohanan MSC 2023 akan turut melibatkan pasukan-pasukan dari Amerika Utara, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), dan Turkiye. Berikut adalah 12 pasukan yang terlibat dengan kejohanan ini;
- Todak – Malaysia
- ONIC Esports – Indonesia
- EVOS Legends – Indonesia
- ECHO – Filipina
- Blacklist International – Filipina
- RSG Slate SG – Singapura
- Burn x Flash – Kemboja
- Fenix Esports – Myanmar
- Team EVO – Laos
- Team Occupy – Egypt
- Outplay – Amerika Utara
- Fire Flux Impunity – Turkiye
Bersempena dengan kejohanan ini, pemain juga boleh mendapat MSC Pass yang menyertakan pelbagai ganjaran termasuk juga kostum untuk Atlas dan 3500 MSC coins. Maklumat lanjut boleh didapatkan di dalam permainan.
Anda boleh mengikuti kejohanan ini melalui Facebook, TikTok dan Instagram.