Filem Polis Evo 3 lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak terus menjadi filem tempatan terbesar setakat ini apabila telah mengutip RM16 juta selepas 4 hari tayangan. Jumlah ini adalah satu peningkatan yang besar selepas mengutip RM3.4 selepas 2 hari tayangan.
Mencecah RM16 juta seawal ini, Polis Evo 3 tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk mengatasi kutipan dua filem sebelum ini iaitu Polis Evo yang mengutip RM18 juta dan Polis Evo 2 yang mengutip RM23 juta.
Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Astro Shaw dan juga Skop Productions. Selain Shaheizy Sam dan Zizan, filem ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, dan Farali Khan.
Berdasarkan ulasan kami, filem ini lebih serius, matang, dan lebih fokus kepada perkembangan watak. Kualiti produksi dan aksi gempak juga pasti akan membuatkan anda ingin duduk diam di panggung – anda boleh baca ulasan penuh di pautan berikut; Ulasan Polis Evo 3.