Garena telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka iaitu Undawn akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Jun 2023 untuk iOS, Android dan juga PC.
Mereka juga mengumumkan yang sejak sesi pra-pendaftaran dibuka, ia telah menerima 7 juta pendaftaran. Dengan jumlah ini, kesemua ganjaran pra-pendaftaran akan diperoleh oleh pemain yang bermain apabila ia dilancarkan kelak termasuk juga Raven Wings: Golden Dawn.
Di beberapa negara, Undawn akan dilancarkan pada 15 Jun 2023, mereka juga mengumumkan acara kolaborasi dengan Will Smith. Namun, bagi pemain di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand pelancaran rasmi adalah pada 29 Jun, tidak disahkan jika akan turut menerima kandungan Will Smith tersebut.
Bersempena dengan pelancaran ini, Garena juga bekerjasama dengan pencipta kandungan seperti SleepyGodzillas, Afiq Chii dan Aina XGaming untuk hadir dengan 4 bahagian siri aksi nyata berdasarkan permainan ini.
Undawn adalah permainan ketahanan hidup dunia terbuka yang dibangunkan oleh Level Infinite iaitu pembangun untuk PUBG Mobile, di beberapa negara Asia Tenggara Garena akan menjadi penerbit.