HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini pertama untuk Honkai: Star Rail iaitu versi 1.1 akan dikeluarkan pada 7 Jun 2023. Kemaskini ini antaranya menyertakan kandungan penceritaan dan juga pengenalan watak-watak baharu.
Kemaskini ini akan meneruskan penceritaan yang berakhir secara cliffhanger sebelum ini, dan akan membawa pemain ke beberapa tempat seperti Herta Space Station, Jarilo-VI dan Xianzhou Luofu. Pemain akan merungkai lebih lanjut mengenai persoalan ‘keabadian’.
Selain itu, pemain juga boleh dapatkan tiga watak baharu Silver Wolf, Luocha dan juga Yukong yang sudah membuat penampilan sebelum ini dan terlibat dengan beberapa bahagian penceritaan.
Silver Wolf seorang penggodam untuk Stellaron Hunters merupakan watak 5-bintang yang menggunakan elemen Quantum yang mengikuti Path of Nihility. Silver Wolf boleh melakukan pelbagai jenis debuff kepada penjahat.
Luocha juga merupakan watak 5-bintang yang menggunakan elemen Imaginary mengikuti Path of Abundance. Luocha mempunyai kebolehan “emergency healing” yang akan menyembuh rakan sepasukan tanpa dikira sebagai satu pergerakan. Ultimate Luocha akan membuang 1 buff dan melakukan serangan.
Akhir sekali adalah Yukong iaitu watak 4-bintang yang merupakan elemen Imaginary dan mengikuti Path of Harmony. Yukong akan membantu di dalam pertempuran walaupun tidak melakukan serangan sendiri.
Kemaskini ini juga akan menyertakan acara baharu iaitu “Starhunt Game” yang akan berlangsung di Herta Space Station dan juga “Everwinter City Museum Ledger of Curiosities” yang akan berlangusng di Belobog.
Cabaran baharu juga akan disertakan iaitu “Stekkar Flare”, “Garden of Plenty”, dan “Lab Assistants in Position”.
Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.