Selepas PlayStation Showcase berakhir, ramai peminat yang sedikit kecewa kerana tiada langsung pengumuman berkait dengan permainan seterusnya oleh Naughty Dog – terutamanya permainan multipemain di dalam dunia The Last of Us.

Hari ini, Naughty Dog telah berkongsi satu mesej di Twitter mengatakan yang mereka masih lagi sedang membangunkan permainan multipemain tersebut, tetapi memerlukan lebih masa sebelum mereka bersedia untuk berkongsi lanjut mengenainya.

Tambahan pada itu, Naughty Dog juga mengatakan yang mereka sedang membangunkan permainan solo dan tidak sabar untuk berkongsi mengenainya tidak lama lagi.

Selepas mengeluarkan The Last of Us Part II pada tahun 2020, Naughty Dog hanya terlibat dengan permainan olahan dan juga keluaran semula iaitu Uncharted: Legacy of Thieves Collection dan juga The Last of Us Part I.

Sohor Kini