Deadline telah melaporkan yang Marvel Studios menghentikan produksi ‘Thunderbolt’ akibat mogok oleh Persatuan Penulis Amerika, menjadikan filem MCU kedua yang terkesan selepas Blade sebelum ini.
Penggambaran untuk filem ini sepatutnya bermula tiga minggu lagi akan tetapi krew produksi telah diberitahu yang ia akan dihentikan buat masa ini dan hanya bermula semula selepas mogok ditamatkan.
Thunderbolts sebelum ini diumumkan akan ditayangkan pada 26 Julai 2024 akan tetapi dengan masalah penulisan semula skrip dan juga mogok ini, berkemungkinan besar tayangan akan ditangguhkan.
Filem ini akan melibatkan Wyatt Russell (John Walker/US Agent), Hannah John-Kamen (Ava/Ghost), David Harbour (Red Guardian), Florence Pugh (Yelena Belova/Black Widow), Olga Kurylenko (Taskmaster) dan Sebastian Stan (Winter Soldier) sebagai ahli pasukan Thunderbolts. Mereka akan diketuai oleh Julia Louis-Dreyfuss (Valentina Allegra de Fontaine).