Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Warner Bros., GSC telah melakukan sesi undian umum untuk menentukan filem-filem Warner Bros yang ingin ditayangkan semula di pawagam.
Sesi undian yang bermula pada 5 sehingga 25 Mei lepas, memberi beberapa pilihan filem iaitu The Conjuring, Me Before You, Mad Max: Fury Road, Inception, Interstellar, A Star is Born, The Hobbit: An Uxpected Journey, The Great Gatsby, The Dark Knight, Annabelle, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone dan Ready Player One.
Hari ini, GSC telah mengumumkan keputusan daripada undian tersebut, dan filem pertama yang akan ditayangkan semula adalah Interstellar dengan dua filem lagi akan diumumkan kemudian. Maklumat lanjut mengenai tayangan ini juga akan dikongsi pada bulan depan.
Insterstellar adalah filem oleh Christopher Nolan yang melibatkan senarai pelakon seperti Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain dan Matt Damon. Filem ini dikeluarkan pada tahun 2014 dan mengutip $773.8 juta.
Bersempena dengan sambutan yang sama, HBO Go juga telah menyiarkan dokumentari ‘100 Years of Warner Bros’.