THQ Nordic telah mengumumkan yang pelakon terkenal iaitu David Harbour dan juga Jodie Comer akan membawa dua watak utama di dalam permainan Alone in the Dark iaitu Edward Carnby dan Emily Hartwood – pemain boleh memilih salah seorang watak sebelum mula bermain.

Alone in the Dark merupakan siri permainan seram yang dikeluarkan sejak tahun 1992 lagi dengan permainan terbaru ini adalah permulaan dan juga olahan semula bagi siri Alone in the Dark.

Mereka juga telah mengumumkan yang Alone in the Dark akan dikeluarkan pada 25 Oktober 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC dengan sesi pra-tempahan kini dibuka.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai permainan ini, THQ Nordic juga telah melakukan penstriman khas yang anda boleh tonton di bawah.

Sohor Kini