Prime Video telah mengumumkan yang siri TV Citadel akan menerima musim kedua dan menariknya Joe Russo iaitu pengarah bersama untuk Avengers akan mengarah kesemua episod bagi musim tersebut. Joe Russo bersama dengan Anthony Russo turut terlibat di dalam musim pertama tetapi sebagai penerbit eksekutif.

Citadel yang mula disiarkan pada 28 April lepas, merupakan siri kedua dengan tonton tertinggi bagi pasaran luar Amerika Syarikat, dan keempat secara global. 6 episod untuk siri ini juga sudah tiba di Prime Video Malaysia hari ini.

Citadel dibintangi oleh Richard Madden dan Priyanka Chopra Jonas, bersama dengan Ashleigh Cummings, Roland Moller, Osy Ikhile dan Caoilinn Springall. Manakala pengarah untuk musim pertama adalah Newton Thomas Sigel bersama dengan Jessica Yu untuk dua episod.

Sohor Kini