Citadel adalah siri TV aksi yang dibintangi Richard Madden dan Priyanka Chopra Jonas, walaupun hanya mempunyai 6 episod untuk musim pertama, akan tetapi siri TV ini menelan kos produksi sebanyak $300 juta menjadikannya antara siri TV termahal di dunia.

Siaran untuk Citadel sudah bermula pada 28 April lepas di Prime Video, dan episod baharu tiba setiap minggu. Kini kesemua 6 episod akhirnya boleh ditonton melalui Prime Video.

Tambahan pada itu, Prime Video juga menawarkan episod pertama secara percuma sehingga 28 Mei 2023.

Selain Richard Madden dan Priyanka Chopra Jonas, siri ini juga melibatkan Ashleigh Cummings, Roland Moller, Osy Ikhile dan Caoilinn Springall. Dengan pengarah adalah Newton Thomas Sigel bersama dengan Jessica Yu untuk dua episod.

https://www.youtube.com/watch?v=O0JG6V-12ac

Sohor Kini