Samsung minggu ini telah melancarkan secara rasmi siri TV Neo QLED 2023 untuk pasaran Malaysia. Mereka menawarkan dua pilihan resolusi untuk siri TV ini iaitu 8K dan juga 4K dengan pelbagai penambahan teknologi untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Bagi pilihan resolusi 8K, mereka menawarkan tiga pilihan model iaitu QN700C, QN800C dan QN900C. Perbezaan bagi tiga model ini adalah QN800C dan QN900C menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz ataupun 144Hz untuk penggunaan dengan PC. Manakala QN700C terhad kepada 60Hz sahaja.
Seterusnya adalah teknologi paparan dengan QN800C, QN900C menggunakan Nueral Quantum Processor berbanding QN700C yang menggunakan Neural Quantum Processor Lite.
Bagi sokongan HDR pula ketiga-tiga model membawa teknologi yang berbeza dengan QN700C menggunakan Neo Quantum HDR, QN800C menggunakan Neo Quantum HDR Plus dan QN900C mengguankan Neo Quantum HDR Pro. QN800C dan QN900C juga menyokong HDR10+ Adaptive serta Gaming manakala QN700C Adaptive sahaja.
Untuk Audio, QN700C menyertakan output 60W dengan speaker 4.2CH, QN800C dengan output 70W dan speaker 4.2.2CH, dan QN900C dengan output 90W dan speaker 6.2.4CH untuk memberikan kualiti audio yang lebih mendalam.
Tambahan pada itu, QN700C menyertakan sokongan WiFi5 manakala dua model lagi lebih terkini dengan sokongan WiFi6E. Dari segi rekaan, QN700C dan QN800C menyertakan rekaan 4Bezel-less manakala QN900 tanpa sebarang bezel atau Zero Bezel.
QN700C dan QN900C hadir dengan tiga pilihan saiz iaitu 65″, 75″ dan 85″. Manakala QN800C ditawarkan dengan saiz 85″ sahaja. Berikut adalah harga untuk setiap pilihan dan juga promosi pelancaran;
Kod Model | Harga | Promosi Pelancaran |
85’’ Neo QLED 8K QN900C | RM43,699 | Percuma: Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM6,499 |
75’’ Neo QLED 8K QN900C | RM28,699 | Percuma:Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999 |
65’’ Neo QLED 8K QN900C | RM21,699 | |
85’’ Neo QLED 8K QN800C | RM32,699 | Percuma: Q-Series Soundbar HW-Q8000C bernilai RM3,999 |
75’’ Neo QLED 8K QN700C | RM18,199 | Percuma: Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999 |
65’’ Neo QLED 8K QN700C | RM15,199 |
Manakala untuk pilihan resolusi 4K, ia juga mempunyai beberapa model antaranya adalah QN95C, QN85C dan Q80C. Dengan perbezaan adalah kadar segar semula dengan QN95C menyokong sehingga 144Hz, QN85C sehingga 120Hz dan Q80C sehingga 100Hz.
Teknologi HDR juga berbeza dengan QN95C menggunakan Neo Quantum HDR+, QN85C menggunakan Neo Quantum HDR dan Quantum HDR+ untuk QN80C. Seterusnya adalah audio dengan output untuk QN95C adalah 70W dengan 4.2.2CH, 60W dengan 2.2.2CH untuk QN85C, dan 40W dengan 2.2CH untuk Q80C.
Setiap model ditawarkan dengan empat pilihan saiz iaitu 55″, 65″, 75″, 85″ kecuali QN85C yang tidak mempunyai saiz 55″. Berikut adalah senarai harga dan juga promosi pelancaran;
Kod Model | Harga | Promosi Pelancaran |
85’’ Neo QLED 4K QN95C | RM24,199 | Percuma: Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599 |
75’’ Neo QLED 4K QN95C | RM19,199 | |
65’’ Neo QLED 4K QN95C | RM13,399 | |
55’’ Neo QLED 4K QN95C | RM11,199 | |
85’’ Neo QLED 4K QN85C | RM18,599 | |
75’’ Neo QLED 4K QN85C | RM13,599 | |
65’’ Neo QLED 4K QN85C | RM9,599 | |
85’’ QLED Q80C | RM15,199 | Percuma: Soundbar HW- HW-B650 bernilai RM1,499 |
75’’ QLED Q80C | RM11,199 | |
65’’ QLED Q80C | RM7,199 | |
55’’ QLED Q80C | RM5,999 |
Anda boleh layari laman Samsung untuk promosi dan juga maklumat lanjut mengenai penawaran TV ini.