Ghostrunner 2 Diumumkan Akan Tiba Tahun Ini

505 Games bersama dengan pembangun One More Level ketika PlayStation Showcase telah mengumumkan yang Ghostrunner 2 akan dikeluarkan sekitar tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.

Ghostrunner 2 adalah permainan susulan kepada Ghostrunner yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan merupakan permainan pertama selepas 505 Games membeli hak IP permainan tersebut daripada One More Level yang terus terlibat dengan permainan susulan ini.

Ghostrunner merupakan permainan aksi parkour yang sangat mencabar, dengan sistem “one-hit-kill” ia memerlukan ketelitian pergerakan oleh pemain. Anda boleh membaca ulasan kami untuk permainan pertama melalui pautan ini; Ulasan Ghostrunner.

Sohor Kini